Monday 6 June 2011

KEM KEPIMPINAN MAHASISWA (KEMAS) - SIRI I, KOLEJ KEDIAMAN UniMAP

Seramai 67 orang mahasiswa Universiti Malaysia Perlis, UniMAP telah menyertai Kem Kepimpinan Mahasiswa Siri I yang diadakan di Kem Teratak Bernam, Ulu Bernam, baru-baru ini. Program dengan kerjasama Biro Tatanegara ini bertujuan untuk memilih pemimpin mahasiswa yang akan menerajui salah satu persatuan mahasiswa terbesar di UniMAP iaitu Majlis Penghuni Kolej Kediaman untuk sidang 2011/2012.
Program yang dijalankan selama 4 hari 3 malam melibatkan mahasiswa dari pelbagai jurusan, bangsa dan tahun pengajian. Program ini merupakan program wajib yang perlu dihadiri oleh mereka yang memohon untuk menjadi ahli Majlis Penghuni Kolej Kediaman.
Pengetua kolej kediaman, En. Mohamad Ezral Baharudin berkata, Kem Kepimpinan Mahasiswa siri I ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada mahasiswa ciri-ciri kepimpinan yang dikehendaki agar mereka dapat menjadi pemimpin yang baik di peringkat kolej kediaman khususnya dan universiti amnya.
 “Sebagai pemimpin mahasiswa di peringkat universiti, mereka perlu didedahkan dengan ciri-ciri dan asas-asas untuk menjadi pemimpin yang dihormati dan berkompetensi”.
Sepanjang kem tersebut, semua mahasiswa tidur di dalam khemah di kawasan hutan bertujuan memupuk amalan gotong-royong dan kesepakatan dalam sesuatu aktiviti.  Antara pengisian program ialah ikhtiar hidup, latihan dalam kumpulan, simulasi peperangan, berakit, pengurusan diri, pengurusan kumpulan, ceramah kenegaraan dan pengisian rohani.
Kem ini telah berjaya menyampaikan mesej dengan berkesan berdasarkan maklumbalas para peserta kursus yang cukup memberangsangkan sepanjang kursus berlangsung dan berharap situasi sedemikian dapat membekalkan pengalaman yang berguna kepada mahasiswa bagi mendepani cabaran yang mendatang sama ada sebagai seorang mahasiswa atau sebagai seorang pemimpin.





<span class="fullpost">















































































</span>


Selebihnya...

3 comments:

Syed Muhammad Nazir said...

sekalung tahniah saya ucapkan kepada smua yang terpilih menjadi MPKK bagi sidang ini..

iq jauh said...

tq semua..tahniah kepada semua yang terpilih.semoga dapat menjalankan tugas dengan baik. :)

zubaidah aziz said...

tahniah kpd semua MPKK baru
semoga terus merealisasikan dan menjunjung tugasan selaku MPKK dgn baek...
MPKK lame sentiase menyokong dari belakang
=)
n kpd MPKK lame yg still join MPKK,
semoga teros berbakti dan gunekan segala pengalaman dan ilmu yg ade
ntok meningkatkn prestasi MPKK
dan menjadi lebih baek ok
=))